Clash of Clans merupakan salah satu permainan yang diminati ramai pengguna peranti iOS. Setelah hanya eksklusif untuk platform tersebut sebelum ini, kini ia dilihat turut sama telah mula ditawarkan untuk para pengguna peranti Android.
Clash of Clans adalah permainan berupa strategi, memerlukan pengguna untuk membina perkampungan mereka, melatih tentera, dan berlawan dengan pemain lain secara online.
Permainan ini ditawarkan secara percuma, dan seperti kebanyakkan permainan lain, ia menyertakan ciri-ciri freemium untuk beberapa perkara.
Untuk Android, ia bersaiz sekitar 46MB, dan mereka yang berminat boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Store hari ini.
- Muat Turun
- Muat-Turun Clash of Clans untuk Android