Opera 17 Sedia Untuk Dimuat-Turun Pengguna Windows Dan Mac OS X

Opera 17 Sedia Untuk Dimuat-Turun Pengguna Windows Dan Mac OS X

Diterbitkan pada Okt 8, 2013 oleh .

Opera SoftwarePihak pembangun Opera, hari ini telah pun melancarkan versi stabil terkini untuk pelayar web desktop mereka, iaitu Opera 17. Melalui kemaskini ini, ia memfokuskan kepada mengatasi masalah pepijat yang telah dikenal-pasti, dan menjadikan prestasinya lebih baik berbanding sebelumnya.

Opera 17 juga turut sama mengintegrasikan sokongna terjemahan terbina, dan mengatasi beberapa permasalahan seperti mengambil-masa yang lama untuk menutup pelayar web dan sebagainya.

Bagi pengguna komputer Windows dan juga Mac OS X, anda boleh memuat-turun Opera 17 hari ini dan menggunakannya dalam proses pelayaran web harian anda. Ia masih tidak diketahui bilakah versi Linux untuk pelayar web Opera ini akan hadir.

Muat-Turun Opera 17 untuk desktop


TIPS & ULASAN