HTC hari ini dilihat telah mula menghantar jemputan media kepada beberapa media antarabangsa, sekaligus memberikan idea yang mana berkemungkinan telefon pintar terbaru mereka, HTC One Max akan dilancarkan pada minggu hadapan.
Mengikut apa yang dilaporkan oleh Engadget, acara media berkenaan dijadualkan pada 15 Oktober 2013, dan mungkin kita akan dapat melihat pengenalan global di beberapa negara utama pada tarikh yang sama.
Ura-ura sebelum ini memberikan beberapa idea, termasuk mengatakan HTC One Max kelak akan membawakan pengimbas cap jari, serta sokongan BoomSound dan sebagainya pada phablet berkenaan.
Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripada HTC berkenaan dengan peranti baru mereka ini.