Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila selepas sesuatu perisian mencapai fasa GM, versi seterusnya akan dimulakan. Kini, dengan OS X Mavericks yang sedia mencapai fasa GM, pihak Apple dilihat telah mula membangunkan OS X versi seterusnya, yang dikenali dengan nama kod “Syrah” buat masa ini.
Buat masa ini, OS X “Syrah” ini dikatakan masih menyerupai OS X Mavericks, dan tidak membawakan sebarang perubahan besar padanya. Perkara ini mungkin kerana ia masih lagi pada peringkat awal pembangunan.
Mengikut spekulasi awal, ia dikatakan berkemungkinan pihak Apple mengubah beberapa antaramuka dan rekabentuk pada OS X “Syrah” ini, menjadikan ia selari dengan rekabentuk iOS 7 baru ini.
Apa pun, ia masih lagi pada peringkat awal, dan sekiranya mengikut jadual pembangunan biasa Apple, kita mungkin akan dapat melihatnya pada tahun hadapan.