Cari @ Amanz

HTC pada minggu hadapan bakal memperkenalkan salah satu telefon pintar terbaru mereka, dan kini, beberapa antaramuka baru hadir, dikatakan sebagai antaramuka untuk HTC Sense 5.5.

Ia tidak diketahui lagi sama ada HTC One Max akan menyertakan antaramuka Sense 5.5 ataupun tidak.

HTC Sense 5.5

HTC Sense 5.5

HTC Sense 5.5

Daripada beberapa antaramuka yang tertiris ini, ia dilihat yang mana Sense 5.5 akan menyertakan fungsi untuk mematikan sokongan BlinkFeed, selain beberapa perubahan, termasuk penambahan fungsi kamera.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan bilakah Sense 5.5 ini akan hadir dan ditawarkan kepada umum. Mungkinkah kita akan melihatnya bersama-sama HTC One Max kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd