Yahoo! selepas mengalami era merudum sebelum ini, pada tahun ini dibawah Marissa Mayer, syarikat internet tersebut mula menarik kembali pengguna dengan memperkenalkan beberapa kemaskini pada perkhidmatan mereka. Terkini, hari ini mereka mengumumkan kemaskini kepada perkhidmatan emel mereka.
Yahoo! Mail serba baru ini memudahkan pengguna melihat senarai emel dengan lebih mudah, disamping turut menawarkan kebolehan melihat attachment dalam paparan skrin penuh, dan juga pelbagai pilihan tema menarik untuk para pengguna.
Pengguna juga disediakan dengan sokongan quick action, membolehkan mereka membuat beberapa perkara dengan hanya hover pada sesuatu emel.
Pilihan tema pula kini dikatakan sync dengan peranti, membolehkan anda memilih tema kegemaran, dan melihat hasil yang sama pada telefon pintar anda.
Seperti Flickr, pihak Yahoo! juga kini menawarkan pelbagai sokongan untuk Mail Plus secara percuma untuk semua pengguna Yahoo! Mail, termasuk ruangan storan percuma sehingga 1TB.
Menariknya, versi desktop baru ini ditawarkan dalam pilihan bahasa Inggeris untuk beberapa negara terpilih sahaja di seluruh dunia, dan salah satunya adalah Malaysia.