Cari @ Amanz

Penang Marathon 2013Kejadian scam di internet bukanlah sesuatu yang baru, apatah lagi apabila melibatkan sebuah acara khusus. Kini, nampaknya acara tahunan Penang Marathon turut tidak terlepas, dan ramai pengguna dilihat melaporkan mengenai scam berkaitan Bitcoin menggunakan nama penganjur berkenaan.

Mengikut emel scam yang dihantar pihak tidak bertanggungjawab tersebut, ia dilihat mereka membolehkan pengguna mengukir alamat Bitcoin pada pingat yang dimenangi mereka. Untuknya, mereka meminta pengguna membayar menggunakan bitcoin ke sebuah alamat khas.

Penganjur Penang Marathon tampak mengambil langkah awal dengan menidakkan perkara ini, dan turut mengatakan yang mana mereka hanya akan berkomunikasi dengan domain akhiran @penangmarathon.gov.my sahaja untuk sebarang tujuan berkaitan larian berkenaan.

Pihak Penang Marathon juga turut menekankan mereka tidak akan menggunakan Bitcoin untuk tujuan transaksi wang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd