Apple Bakal Mengadakan Acara Khas Pada 22 Oktober – iPad Baru Akan Datang

Apple Bakal Mengadakan Acara Khas Pada 22 Oktober – iPad Baru Akan Datang

Diterbitkan pada Okt 9, 2013 oleh .

Selepas pengumuman iOS 7 dan juga iPhone generasi baru pada bulan lepas, nampaknya pihak Apple ingin terus mengekalkan momentum, dan bakal memperkenalkan keluarga tablet baru mereka pada penghujung bulan ini.

Mengikut apa yang dikatakan, Apple bakal mengadakan acara khas mereka pada 22 Oktober kelak (23 Oktober waktu Malaysia), dimana pada acara berkenaan, mereka bukan sahaja akan memperkenalkan tablet terbaru mereka, tetapi turut mengumumkan pelancaran OS X Mavericks kepada umum.

Apple dikatakan akan hadir dengan iPad generasi baru dengan kemaskini spesifikasi dengan rekabentuk seumpama keluarga iPad Mini, disamping iPad Mini generasi kedua dengan skrin Retina turut dijangka akan diperkenalkan.


TIPS & ULASAN