Adakah Ini Peranti Dengan Skrin Melengkung Daripada Samsung?

Adakah Ini Peranti Dengan Skrin Melengkung Daripada Samsung?

Diterbitkan pada Okt 9, 2013 oleh .

Mengikut pelbagai spekulasi sebelum ini, ia dikatakan pihak Samsung akan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dengan skrin melengkung berkemungkinan seawal minggu ini. Kini, @evleaks seperti biasa berkongsi akan sebuah gambar baru, yang mana berkemungkinan peranti yang dikatakan sebagai Galaxy Round.

Galaxy Round

Daripada gambar yang tertiris ini, selain memaparkan peranti yang sedikit melengkung, ia juga dilihat menyertakan ruangan pengecasan berasaskan mikro-USB 3.0 – sama seperti Galaxy Note 3 sebelum ini.

Disamping itu, ia juga turut memaparkan tarikh 10 Oktober, berkemungkinan kita akan melihat pelancarannya esok. Pada masa yang sama, ia dilihat menggunakan tulisan Korea pada peranti berkenaan. Mungkinkah ia petanda peranti ini eksklusif untuk Korea Selatan terlebih dahulu?

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Samsung tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN