Carian
Samsung Mengumumkan Galaxy Round Dengan Skrin Melengkung Secara Rasmi
October 9, 2013 Aman

Dengan beberapa info dan gambar tertiris sebelum ini, ia dilihat yang mana kini pihak Samsung telah pun mengumumkannya secara rasmi, sekaligus berkongsi mengenai apakah yang akan dibawakan oleh peranti berkenaan.

Galaxy Round

Galaxy Round

Galaxy Round

Galaxy Round dilihat menyertakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan 1080p, bateri berkapasiti 2800mAh, kamera 13-megapixel, memori 3GB RAM, cip pemprosesan 2.3GHz dna dijana menggunakan Android 4.3 Jelly Bean.

Samsung dikatakan tidak berkongsi sepenuhnya kelebihan yang dibawakan oleh skrin melengkung, selain hanya mengatakan kawalan lebih mudah, disamping ia membolehkan pengguna melihat beberapa informasi seperti panggilan yang terlepas, jangka masa bateri, tarikh, masa dan sebagainya apabila menyengetkan ia pada permukaan mendatar.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah peranti ini akan ditawarkan di pasaran global. Samsung buat masa ini hanya mengumumkannya untuk pasaran Korea Selatan sahaja.

Jadi, apa kata anda mengenai peranti dengan skrin melengkung?

Komen