Flipboard Dilaporkan Mencapai 90 Juta Pengguna

Flipboard Dilaporkan Mencapai 90 Juta Pengguna

Diterbitkan pada Okt 9, 2013 oleh .

Bagi mereka yang mengikuti pelbagai berita dan artikel melalui peranti mudah-alih mereka, semestinya Flipboard bukan sesuatu yang asing. Terkini, ia dilaporkan perkhidmatan tersebut telah pun mencapai lebih 90 juta orang pengguna di seluruh dunia.

Flipboard Windows

Adakah anda aktif menggunakan Flipboard?Flipboard sebelum ini telah ditawarkan untuk iOS dan juga Android, selain baru-baru ini turut hadir untuk BlackBerry. Pihak Flipboard juga telah sedia mengumumkan yang mana ia akan turut hadir ke Windows 8 tidak lama lagi.

Untuk versi web pula, pihak Flipboard menawarkan Flipboard Magazine, membolehkan sesiapa sahaja mengumpulkan artikel kegemaran mereka, dan berkongsi dengan pengguna lain.

Dengan pengenalan pada pelbagai platform sepanjang tahun ini, semestinya ramai menantikan apakah yang akan dibawakan oleh Flipboard pada tahun 2014 kelak.


TIPS & ULASAN