Vine merupakan salah satu perkhidmatan daripada Twitter, membolehkan pengguna merakamkan video selama 6 saat, dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Pihak Twitter sedia mengatakan ia akan hadir ke platform Windows Phone sebelum ini, namun tiada sebarang tarikh diberikan buat masa ini.
Menariknya, pada kemaskini aplikasi Twitter hari ini, mereka turut sama memuat-naik beberapa gambar paparan skrin, dan salah satunya menyertakan imej Vine bersama-sama dengannya.
Sehingga artikel ini ditulis, gambar tiles untuk aplikasi Vine masih dipaparkan pada halaman aplikasi Twitter untuk Windows Phone.
Jadi, mungkinkah kita akan melihat ia dilancarkan oleh pihak Twitter tidak lama lagi untuk pengguna Windows Phone?
Buat masa ini, salah satu aplikasi yang berfungsi sebagai klien Vine pada Windows Phone adalah 6Sec.