Sokongan Trafik Pada Google Maps Kini Menyokong Johor Bahru Dan Lebuhraya Utama

Sokongan Trafik Pada Google Maps Kini Menyokong Johor Bahru Dan Lebuhraya Utama

Diterbitkan pada Okt 9, 2013 oleh .

Setelah memperkenalkan sokongan trafik pada Google Maps untuk pengguna di Lembah Klang, hari ini pihak Google Malaysia turut sama memperluaskan sokongannya untuk para pengguna di sekitar Johor Bahru dan beberapa lebuhraya utama di Malaysia.

Sebelum ini, sokongan trafik pada Google Maps sedia meliputi Lembah Klang, Ipoh, Melaka dan juga Pulau Pinang.

Untuk menggunakan sokongan data trafik pada Google Maps, pengguna hanya perlu klik pada layer Traffic di Google Maps, dan ia ditandakan mengikut garisan berwarna, dimana hijau menandakan lancar, dan merah pula menandakan jalan raya sibuk.

Google mengatakan data ini dikumpulkan daripada pelbagai sumber, termasuk Jabatan Pengangkutan dan juga pengguna Google Maps di seluruh negara.


TIPS & ULASAN