Cari @ Amanz

Peranti yang menggunakan Firefox OS masih belum memasuki pasaran tempatan secara rasmi. Namun, ia masih tidak menghentikan pembangunannya, dan kini pihak Mozilla telah sedia mengumumkan kemaskini terbaru untuknya, iaitu Firefox OS 1.1.

Melalui kemaskini terbaru ini, Mozilla memfokuskan kepada beberapa perkara, termasuk menambah baik prestasi sistem operasi berkenaan, menambah sokongan beberapa bahasa baru, serta menyertakan fungsi-fungsi baru pada sistem operasi mudah-alih berkenaan.

Firefox OS 1.1 ini menyertakan sokongan MMS, serta membawakan sokongan mengimport senarai buku alamat daripada GMail dan juga Outlook.

Sokongan papan kekunci juga ditambah baik dengan sokongan autocorrect, selain beberapa kemaskini turut disertakan pada bahagian emel dan juga kalendar.

Ia masih tidak diketahui lagi bilakah peranti FirefoxOS akan memasuki pasaran tempatan. Buat masa ini, dua peranti berasaskan FirefoxOS adalah ZTE Open dan juga Alcatel One. Mozilla dijangka akan terus menawarkan peranti Firefox OS kepada lebih banyak pasaran dari masa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd