Windows Phone 8.1 Mungkin Menyokong Saiz Skrin Sehingga 10-inci

Windows Phone 8.1 Mungkin Menyokong Saiz Skrin Sehingga 10-inci

Diterbitkan pada Okt 10, 2013 oleh .

Microsoft sedia dikatakan bakal menyatukan Windows RT dan juga Windows Phone. Kini, beberapa info awal mengenai Windows Phone 8.1 hadir, dimana ia dikatakan akan membawakan sokongan saiz skrin sehingga 10-inci, serta beberapa perubahan lain bersama-sama dengannya.

Windows Phone 8.1 juga dikatakan akan menjadi langkah awal dalam menyatukan kemudahan pembangun untuk membangunkan aplikasi untuk Windows RT dan juga Windows Phone.

Selain itu, sokongan multi-tasking juga dijangka akan ditambah-baik, membolehkan pengguna untuk mematikan aplikasi secara manual.

Pada masa yang sama, dalam usaha untuk menyatukan kedua-dua sistem ini juga, ia dilihat Microsoft akan membuang butang Back pada spesifikasi peranti mereka, dan mungkin memfokuskan kepada penggunaan hanya butang Start untuk kembali ke skrin utama. Perkara ini juga mungkin merupakan mengapa sokongan multi-tasking akan ditambah-baik lagi pada kemaskini berkenaan.

Walaubagaimanapun, seperti semua sedia maklum, ini hanya sekadar desas-desus awal sahaja. Mungkin kita akan mendengar lebih banyak info mengenai Windows Phone 8.1 dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN