Google nampaknya terus menambah baik sokongan perkhidmatan pemtaan mereka, dimana melalui Google Maps Preview yang terkini, mereka membawakan beberapa fungsi baru termasuk salah satunya adalah arah perjalanan ke lebih dari satu destinasi (multiple destination).
Menggunakannya, pengguna boleh membuat arah perjalanan ke lebih dari satu lokasi pada masa yang sama, sekaligus memudahkan mereka merancang perjalanan mereka.
Google juga turut dilihat mengintegrasikan beberapa sokongan lain yang khusus untuk pengguna di Amerika Syarikat, termasuk antaranya adalah melihat informasi tiket penerbangan, dan juga acara yang akan diadakan berdekatan anda seperti konsert dan sebagainya.
Buat masa ini, ia masih pada ujian Google Maps Preview.