Samsung Galaxy Gear Dilihat Boleh Menjalankan Aplikasi Android Sepenuhnya

Samsung Galaxy Gear Dilihat Boleh Menjalankan Aplikasi Android Sepenuhnya

Diterbitkan pada Okt 10, 2013 oleh .

Umum sedia maklum yang mana Galaxy Gear menjalankan sistem operasi Android yang dioptimasikan untuk paparan jam tangan pintar. Samsung sendiri sedia menawarkan lebih 70 aplikasi khas untuknya, dan kini ia dilihat yang mana aplikasi Android penuh turut sama boleh dijalankan pada peranti berkenaan.

Mengikut apa yang dikongsikan melalui ArsTechnica, ia dilihat yang mana Galaxy Gear turut sama membawakan sokongan ADB (Android Debug Bridge). Beberapa aplikasi popular juga dilihat boleh dijalankan pada Galaxy Gear, tetapi seperti biasa paparannya agak kecil dan mungkin tidak sesuai untuk penggunaan harian.

Buat masa ini, kami tidak berpeluang untuk mencubanya sendiri, dan mungkin akan melakukannya selepas dapat menggunakan Galaxy Gear kelak.


TIPS & ULASAN