Mungkinkah Microsoft Akan Mengumumkan CEO Baru Dalam Tahun Ini?

Mungkinkah Microsoft Akan Mengumumkan CEO Baru Dalam Tahun Ini?

Diterbitkan pada Okt 10, 2013 oleh .

Steve Ballmer sedia mengumumkan yang mana beliau akan bersara dari menjadi CEO Microsoft dalam tempoh kurang setahun, dan mengikut Bloomberg hari ini, ia dikatakan ahli lembaga pengarah Microsoft ingin mencari penganti beliau dalam tempoh tahun ini.

Buat masa ini, antara nama yang disebut-sebut adalah termasuk Allan Mulally (CEO Ford), Stephen Elop (CEO Nokia), serta beberapa nama lain didalam Microsoft.

Ia dikatakan kini dalam peringkat awal perbincangan dan temuramah, membuatkan masa pasti untuk pengumuman CEO baru masih tidak diketahui lagi. Walaupun mereka mensasarkan untuk pengumuman dalam tahun ini, ia masih tidak mustahil untuk pengumuman CEO baru berlaku pada tahun hadapan – 2014.

Sehingga ke hari ini, Microsoft hanya pernah mempunyai dua orang CEO sahaja, iaitu Bill Gates dan juga Steve Ballmer. Ballmer sebelum ini telah mengambil tugas CEO sejak tahun 2000 yang lepas, dan dijangka akan meninggalkan jawatan berkenaan dalam masa kurang setahun.


TIPS & ULASAN