UniFi BIZ 100Mbps Kini Ditawarkan Sekitar Lembah Klang

UniFi BIZ 100Mbps Kini Ditawarkan Sekitar Lembah Klang

Diterbitkan pada Okt 10, 2013 oleh .

Telekom Malaysia sedia menawarkan beberapa pakej UniFi untuk para pengguna perusahaan dan perniagaan, dan kini dilihat mereka turut sama telah mula menawarkan UniFi Biz 100Mbps pada harga langganan RM1599 sebulan (RM1399 untuk promosi pengenalan).

UniFi Biz 100Mbps

Melalui UniFi BIZ 100Mbps, ia hadir dengan sokongan Dynamic IP (pengguna boleh mendapatkan IP khusus pada kadar RM200 sebulan), serta beberapa fungsi tambahan lain, termasuk panggilan percuma sehingga RM100, ruangan hosting 10GB dan sebagainya.

Buat masa ini, pakej ini hanya ditawarkan kepada pengguna perusahaan sekitar Lembah Klang sahaja, dan mungkin akan diperluaskan kepada kawasan lain tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN