Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah menambah tawaran peranti mereka, dan mengumumkan Samsung ATIV Tab 3 yang mana menggunakan sistem operasi Windows 8, serta didatangkan dengan sokongan S-Pen bersama-sama dengannya.

Samsung ATIV Tab 3

Samsung ATIV Tab 3

Samsung ATIV Tab 3

ATIV Tab 3, selain memudahkan pengguna komputer sedia ada dengan menawarkan sistem operasi Windows 8, ia juga turut sama menawarkan perisian Office 2013 untuk para pengguna.

Disamping itu, tablet bersaiz 10.1-inci ini turut menawarkan sokongan S-Pen yang lebih baik, termasuk papan kekunci Bluetooth untuk kemudahan penaipan. Antara perisian tambahan lain yang disertakan adalah termasuk Evernote, S Note, S PhotoStudio dan beberapa aplikasi khusus daripada Samsung.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan cip pemprosesan Intel Atom Z2760 (1.8GHz), memori 2GB RAM, sokongan grafik Intel Graphics Media Accelerator, serta didatangkan dengan sokongan mikro-HDMI, mikro-SD dan juga kamera hadapan untuk tujuan panggilan video, dan juga kamera 2.0-megapixel pada bahagian belakang.

Di Malaysia, ATIV Tab 3 ini ditawarkan pada harga RM2399.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd