Google sejak beberapa bulan yang lepas dilihat agak aktif menambah lokasi-lokasi menarik dalam perkhidmatan Street View mereka, dan terkini, salah satu lokasi baru yang turut ditambah adalah Muzium Lamborghini yang terletak di Itali.
Melaluinya, seperti biasa pihak Street View menawarkan akses 360-darjah sekitar muzium berkenaan, membolehkan pengguna melihat kereta-kereta popular dan juga yang hadir dalam kuantiti terhad seperti Reventòn terus melalui pelayar web anda.