Sony Xperia Z1 f Diumumkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Jepun

Sony Xperia Z1 f Diumumkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Jepun

Diterbitkan pada Okt 10, 2013 oleh .

Telefon pintar variasi saiz kecil daripada Xperia Z1 telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dan kini pihak NTT Docomo telah pun mengumumkannya secara rasmi untuk pasaran Jepun, dan akan ditawarkan bermula Disember ini.

Xperia Z1 f

Xperia Z1 f

Sony Xperia Z1 f membawakan skrin bersaiz 4.3-ini dengan sokongan paparan Triluminus HD, dijana menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 800, memori 2GB RAM, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2300mAh.

Peranti ini turut membawakan kamera 20.7-megapixel dengan sokongan BSI, serta kamera hadapan 2.2-megapixel. Dari segi sistem operasi, ia menyertakan Android 4.2 Jelly Bean.

Buat masa ini, ia dilihat masih khusus untuk pasaran Jepun sahaja, dan tidak diketahui mengenai tawarannya di Malaysia mahupun pasaran global lain.


TIPS & ULASAN