Cari @ Amanz

Lanjutan dari pengumuman penjualan iPhone 5S dan iPhone 5C secara rasmi untuk pasaran tempatan, hari ini DiGi telah memulakan pendaftaran minat untuk telefon tersebut. Berbanding pengumuman rasmi yang dilakukan Apple semalam, menerusi laman web DiGi, telefon tersebut dikatakan akan dijual pada 31 Oktober 2013.

DiGi - iPhone

Menerusi halaman pendaftaran minat untuk telefon iPhone 5S ia dilihat didatangkan dalam semua pilihan warna – emas, kelabu dan juga putih. Manakala untuk iPhone 5C pula, hanya model berwarna kuning dan putih sahaja yang boleh ditempah buat masa ini.

Buat masa ini, tiada sebarang info berkenaan harga rasmi dan juga mengenai pakej khusus yang ditawarkan oleh DiGi. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan dengannya menjelang tarikh pelancaran rasminya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd