Celcom Bakal Menawarkan iPhone 5S Dan iPhone 5C Pada Penghujung Bulan Ini

Celcom Bakal Menawarkan iPhone 5S Dan iPhone 5C Pada Penghujung Bulan Ini

Diterbitkan pada Okt 10, 2013 oleh .

Selain daripada pihak DiGi, ia kelihatan pihak Celcom turut sama mengemaskini halaman web mereka, dan memperlihatkan akan menawarkan iPhone 5S dan juga iPhone 5C melalui pilihan pelan dibawah mereka.

Celcom iPhone

Seperti pihak DiGi, Celcom juga akan menawarkan telefon pintar iPhone 5S dan iPhone 5C bermula 31 Oktober ini, namun tiada sebarang informasi berkaitan harga dan pelan yang diterbitkan buat masa ini.

Ia juga tidak diketahui sama ada Celcom akan terhad untuk menawarkan iPhone 5C berwarna biru sahaja, ataupun mereka akan menawarkan semua pilihan warna iPhone 5C kelak.

Kemaskini (2:01, 11 Oktober) : Celcom telah mula mengambil pendaftaran minat untuk iPhone 5S dan juga iPhone 5C.


TIPS & ULASAN