Pengarah Urusan BlackBerry Malaysia – Annamalai Muthu Meninggalkan Jawatan Beliau

Pengarah Urusan BlackBerry Malaysia – Annamalai Muthu Meninggalkan Jawatan Beliau

Diterbitkan pada Okt 10, 2013 oleh .

Hari ini, ia diketahui yang mana pengarah urusan untuk BlackBerry Malaysia telah meletakkan jawatan beliau. Sebagai ganti kepada beliau, Ben Quirin akan mengambil-alih tugas beliau, dan menjadi pengarah urusan untuk Malaysia, Thailand dan juga Vietnam.

Sebelum ini, Muthu telah menjadi pengarah urusan untuk Malaysia dan Brunei sejak September 2011, dimana sejak daripadanya telah memperluaskan pelbagai saluran sokongan dan jualan di sekitar Malaysia.

Dibawah beliau juga, Malaysia menjadi negara pertama untuk melancarkan BlackBerry Z30, selain turut dikatakan BlackBerry meningkatkan jualan sehingga 300% sejak tahun sebelumnya di Malaysia.

Pihak BlackBerry akhir-akhir ini mengalami pelbagai permasalahan, terutamanya dari segi mengukuhkan kedudukan di pasaran. Pada bulan lepas, BlackBerry telah mengumumkan tawaran daripada Fairfax Financial yang bernilai sebanyak $4.7 bilion, disamping turut mengumumkan yang mana akan menghentikan lebih 4,500 pekerja mereka.


TIPS & ULASAN