Cari @ Amanz

Says + CatchaPada bulan Mei yang lepas, pihak Says dan juga Catcha Media telah mengumumkan mereka akan bergabung dan memfokuskan ke arena pengiklanan digital. Kini, ia kelihatan mereka melangkah setapak kehadapan dengan mengumumkan nama syarikat baru yang akan dikenali sebagai Rev Asia.

Rev Asia (Rev Media Equity Holdings Sdn Bhd) ini kelak akan memfokuskan untuk menjadi kumpulan media digital terkemuka, dan hadir dengan beberapa jenama media yang dikenali ramai.

Menerajuinya adalah Khailee Ng yang mana merupakan salah seorang pengasas Says, selain mana turut merupakan wakil 500 Startups di Asia Tenggara. Khailee Ng akan memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah, dan akan dibantu oleh Voon Tze Khay yang akan menjadi pengarah urusan Rev Asia.

Says sedia mempunyai ramai pengguna di arena laman sosial, dan Catcha juga dilihat mempunyai beberapa tawaran kandungan mereka. Mungkin dalam beberapa bulan lagi, kita akan dapat melihat pengumuman beberapa jenama baru dibawah mereka, dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena media digital sekitar Asia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd