BlackBerry Dilaporkan Terbuka Untuk Dijual Secara Berasingan

BlackBerry Dilaporkan Terbuka Untuk Dijual Secara Berasingan

Diterbitkan pada Okt 10, 2013 oleh .

BlackBerry sebelum ini telah sedia mengatakan yang mana mereka akan menjual syarikat mereka. Kini, Bloomberg melaporkan yang mana Fairfax Financial mungkin tidak akan dapat mengumpulkan dana secukupnya, sekaligus berkemungkinan akan membolehkan pihak BlackBerry menjual syarikat mereka secara berasingan.

Sebelum ini, beberapa laporan telah hadir mengatakan beberapa pihak berminat dengan BlackBerry, dimana antaranya termasuk Samsung, Intel dan juga Google.

Walaubagaimanapun, ke semua syarikat ini hanya inginkan sebahagian daripada syarikat tersebut sahaja, seperti sesuatu teknologi, ataupun paten dan sebagainya.

Buat masa ini, boleh dikatakan mereka masih lagi dalam proses pencarian rakan kerjasama strategik ataupun pembeli yang bersesuaian, sehinggalah tarikh 4 November kelak. Dimana selepasnya, mungkin ia akan terpaksa mengambil tawaran Fairfax, dan pihak Fairfax perlu menyediakan dana untuknya.

Mengikut salah seorang penganalisa, ia dikatakan yang mana nilai syarikat Blackberry akan lebih tinggi sekiranya ia dijual secara berasingan, berbanding menjualnya secara penuh kepada sesuatu syarikat.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripada pihak BlackBerry.


TIPS & ULASAN