Bersama-sama dengan Xperia Z1 f, satu lagi peranti baru yang turut diumumkan khusus untuk pengguna di Jepun adalah Galaxy J daripada Samsung, dimana dilihat seperti salah satu variasi Galaxy S4 untuk pasaran Jepun.
Galaxy J ini hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 800, memori 3GB RAM, kamera 13.2-megapixel pada bahagian belakang, dan dilengkapi bateri 2600mAh.
Secara jujurnya, jikalau dibandingkan dengan Galaxy S4, kami lebih gemarkan Galaxy J ini. Tetapi, ia kelihatan peranti ini seperti tidak akan ditawarkan untuk pasaran diluar Jepun buat masa ini.