Domain Google Malaysia Menjadi Mangsa Godaman DNS Lagi Sekali

Domain Google Malaysia Menjadi Mangsa Godaman DNS Lagi Sekali

Diterbitkan pada Okt 11, 2013 oleh .

Hari ini, salah satu perkara yang hangat diperkatakan adalah berkenaan laman Google Malaysia yang digodam. Buat masa ini, kami masih dapat mengaksesnya seperti biasa, dan mungkin perkara ini melibatkan DNS Hijacking, seperti mana pernah berlaku beberapa bulan sebelum ini.

Google Malaysia

Melalui DNS Hijacking, ia membawa pengguna kepada hos yang lain berbanding yang sepatutnya. Beberapa pengguna masih dapat mengaksesnya seperti biasa, sementara yang lain terjejas untuk menggunakan perkhidmatan Google tersebut buat masa ini.

Sebelum ini, pada awal Julai 2013 ini, perkara sama berlaku, yang mana turut melibatkan laman Google. Cuma untuk kali ini, ia dilihat perkara tersebut dilakukan pengodam daripada Pakistan.

Kami telah menghubungi pihak Google Malaysia berkaitan dengan perkara ini.

Kemaskini : Ia dilihat DNS untuk Google.com.my telah dipulihkan kembali. Memandangkan ia merupakan permasalahan DNS Hijacking, maka kini MYNIC sedang dalam proses untuk menyemak puncanya.

Kemaskini : Bacaan lanjut mengenai kejadian DNS Hijacking ini di Localhost.


TIPS & ULASAN