Maxis Memulakan Pendaftaran Minat Untuk iPhone 5S Dan juga iPhone 5C

Maxis Memulakan Pendaftaran Minat Untuk iPhone 5S Dan juga iPhone 5C

Diterbitkan pada Okt 11, 2013 oleh .

Selepas DiGi dan juga Celcom, kini Maxis turut tidak ketinggalan, dimana mereka turut sama telah memulakan pendaftaran minat untuk dua telefon pintar terbaru daripada Apple, iaitu iPhone 5S dan juga iPhone 5C.

Maxis iPhone 5S

Seperti biasa, tiada sebarang harga dan pelan yang diumumkan mereka buat masa ini. Namun, pengguna yang berminat boleh mendaftarkan minat, dan menerima emel daripada Maxis sebaik sahaja peranti berkenaan tersedia.

Maxis turut sama dilihat memfokuskan kepada pemasaran menggunakan rangkaian 4G LTE mereka yang terluas di Malaysia buat masa ini, berbanding dua syarikat telekomunikasi yang lain.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan minat anda pada halaman rasmi iPhone 5C di Maxis, ataupun pada halaman iPhone 5S.


TIPS & ULASAN