Beberapa minggu yang lepas, ketika pelancaran Galaxy Note 10.1 2014, ia sedia diketahui pihak Twitter menyediakan sebuah aplikasi khusus yang dioptimasikan untuk tablet. Hari ini, pihak Twitter mengumumkan mengenainya secara rasmi.
Melalui aplikasi yang dioptimasikan untuk tablet ini, ia memaparkan menu pada bahagian tepi kiri, sementara dua lajur digunakan untuk memaparkan Tweet dan juga kandungan tambahan berkaitan Twitter dan beberapa informasi lain.
Walaubagaimanapun, aplikasi yang dioptimasikan untuk tablet ini akan ditawarkan khusus untuk pengguna tablet Samsung terlebih dahulu, sebelum ia diperluaskan ke tablet Android yang lain.