Jenama Google TV Dilaporkan Akan Dimatikan – Platform Disatukan Dengan Android

Jenama Google TV Dilaporkan Akan Dimatikan – Platform Disatukan Dengan Android

Diterbitkan pada Okt 11, 2013 oleh .

GoogleTVHari ini, ia dilaporkan yang mana pihak Google dalam persediaan untuk menamatkan penggunaan jenama Google TV, sekaligus memastikan platform telefon pintar mereka disatukan dan diselarikan dengan Android.

Google TV telah diperkenalkan lebih kurang tiga tahun yang lepas, dimana ia hadir sebagai platform pintar untuk digunakan pada skrin televisyen. Beberapa pengeluar sedia mengawarkan televisyen dengan Google TV, termasuk antaranya adalah Sony, LG dan sebagainya.

Buat masa ini, pihak Google masih belum mengumumkannya secara rasmi, dan mengikut apa yang dilaporkan oleh GigaOM, secara dalaman, kini ia dipanggil sebagai “Android TV”.

Penjenamaan semula ini juga dikatakan bukan setakat nama sahaja, tetapi turut sama akan menyelarikannya dengan versi terkini Android. Google TV masih menggunakan Android 3.2 buat masa ini, tetapi sebaliknya Android telah pun mencapai angka versi 4.3.

Selain daripada Google TV, bercakap mengenai televisyen, pihak Google sedia mempunyai Chromecast yang diperkenalkan pada bulan Jun lepas, dimana kini ia merupakan peranti elektronik yang dijual dengan meluas, apatah lagi pada harganya yang sekitar ~RM115.


TIPS & ULASAN