MYNIC Mengesahkan Pengubahan DNS Untuk Domain Google.com.my

MYNIC Mengesahkan Pengubahan DNS Untuk Domain Google.com.my

Diterbitkan pada Okt 11, 2013 oleh .

MYNIC hari ini melalui akaun Twitter mereka, mengeluarkan kenyataan, mengatakan mereka telah mengenal-pasti akses daripada pihak ketiga yang mengubah DNS domain Google.com.my dan juga Google.my ke alamat IP yang berbeza berbanding yang sepatutnya.

Pengubahan ini dilakukan oleh kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai TeaM MADLEETS.

Menurut MYNIC, masalah ini telah dikenal pasti pada awal pagi tadi, dan telah diatasi dengan data yang sebetulnya pada 7.10 pagi tadi. Domain Google.my pula masih dalam proses untuk penyelesaian buat masa ini.

Buat masa ini, MYNIC mengatakan mereka sedang mengambil beberapa langkah dalam mengatasi kejadian ini berulang lagi.


TIPS & ULASAN