Sehingga hari ini, masih tiada peranti Windows Phone dengan sokongan dwi-SIM. Namun, ia mungkin berubah tidak lama lagi, apabila kini dikatakan HTC dan Nokia dalam perancangan untuk membangunkannya.
Mengikut desas-desus yang kedengaran, peranti daripada Nokia kelak dijangka akan membolehkan kedua-dua SIM aktif pada waktu yang sama.
Untuk makluman, beberapa negara membangun, seperti China dan India menggunakan peranti dwi-SIM dengan meluas. Malaysia turut sama tidak ketinggalan, dimana permintaan untuk peranti dengan dwi-SIM agak tinggi di sini.
Tiada sebarang tarikh yang dikongsikan berkenaan bilakah peranti seumpamanya akan hadir ke pasaran buat masa ini.