Cari @ Amanz

Bagi mereka yang gemar memainkan permainan video, salah satu permainan yang menjadi buah mulut ramai pada tahun ini adalah Grand Theft Auto 5. Namun, ia hanya sekadar ditawarkan untuk PlayStation 3 dan juga Xbox 360 sahaja buat masa ini.

Pihak Rockstar masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan versi PC buat masa ini. Tetapi ia tidak menghentikan spekulasi berkaitan versi PC, dimana pihak NVIDIA dan Intel pernah menyebut mengenainya beberapa kali.

Mengikut ura-ura daripada Eurogamer hari ini, ia dikatakan versi PC permainan berkenaan akan hadir pada suku pertama 2014 kelak.

Seperti biasa, ia hanya sekadar spekulasi dan desas-desus awal sahaja, dimana pihak Rockstar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd