Valve Mengesahkan Steam Machines Yang Dijana Cip AMD Pada Tahun 2014

Valve Mengesahkan Steam Machines Yang Dijana Cip AMD Pada Tahun 2014

Diterbitkan pada Okt 11, 2013 oleh .

Valve sebelum ini telah sedia mengumumkan beberapa perkara baru seperti Steam OS dan Steam Machines yang akan hadir pada tahun hadapan. Dan kini, melalui Forbes, ia dilihat hardware berasaskan AMD Graphics akan digunakan pada versi komersial-nya kelak.

Sebelum ini, pihak Valve telah pun menerbitkan spesifikasi yang akan dibawakan oleh versi prototaip awalnya, dimana ia dilihat dijana menggunakan Intel dan juga NVIDIA.

Jadi pada versi akhirnya kelak, berkemungkinan kita akan dapat melihat beberapa variasi Steam Machines daripada pelbagai pengeluar, yang mana mungkin dijana menggunakan cip pemprosesan Intel dan juga AMD.


TIPS & ULASAN