HTC sebelum ini sedia menerbitkan sebuah infografik khas sebelum mereka hadir dengan sebuah telefon pintar bersaiz mini, iaitu HTC One Mini. Kini, dengan pelbagai laporan mengatakan HTC akan memperkenalkan telefon pintar baru pada minggu depan, pengeluar telefon pintar tersebut turut menerbitkan sebuah infografik baru.
Daripada infografik yang diterbitkan, selain memfokuskan kepada penggunaan tiga huruf pada nama syarikat mereka, HTC juga seperti memberikan idea kepada sebuah lagi peranti baru bawah jenama One.
Buat masa ini, HTC sedia menawarkan telefon pintar HTC One dan juga One Mini dibawah nama keluarga sama, selain pelbagai spekulasi mengenai One Max yang memperlihatkan ia akan menjadi ahli ketiga dalam keluarga berkenaan.