Cari @ Amanz

Google hari ini memperlihatkan beberapa perubahan pada terma dan syarat perkhidmatan mereka, dimana melaluinya ia dilihat mereka kini mengatakan membolehkan penggunaan nama dan gambar pengguna pada pengiklanan yang dipaparkan.

Iklan Google

Perkara ini lebih kepada penggunaan komen atau +1 pada sesuatu halaman menggunakan akaun Google pengguna, dimana ianya akan dipaparkan pada bahagian bawah sesuatu iklan tersebut.

Walaubagaimanapun, Google masih memberikan peluang kepada pengguna untuk mengubah tetapan, dan membolehkan gambar dan nama mereka tidak dipaparkan pada sesuatu iklan. Untuk membolehkan pengguna mengawalnya, Google menyediakan sebuah halaman khas, dinamakan sebagai “Shared Endorsement“, dan membolehkan nama dan gambar pengguna tidak digunakan pada iklan.

Perkara baru ini akan efektif bermula daripada 11 November, memberikan pengguna lebih kurang sebulan sebelum membuat keputusan mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd