Aplikasi Pada iPhone 5S Dilaporkan Lebih Mudah Terkandas Berbanding Model iPhone Lain

Aplikasi Pada iPhone 5S Dilaporkan Lebih Mudah Terkandas Berbanding Model iPhone Lain

Diterbitkan pada Okt 12, 2013 oleh .

iPhone 5S dilihat agak mencuri perhatian akhir-akhir ini. Dengan pengumuman berkaitan dengan iPhone 5S yang akan hadir ke Malaysia pada penghujung bulan ini, beberapa perkara mengenai permasalahan peranti baru ini turut dikongsikan pengguna. Selain masalah BSOD, kini dikatakan iPhone 5S mempunyai masalah menjalankan aplikasi tanpa terkandas.

Mengikut apa yang dilaporkan, iPhone 5S mempunyai kadar sesuatu aplikasi terkandas sekali ganda berbanding iPhone 5C ataupun iPhone 5.

Perkara ini mungkin berkait dengan cip pemprosesan 64-bit yang digunakan pada iPhone 5S, dimana pembangun masih tidak mengoptimasikan aplikasi sepenuhnya untuknya. Sekiranya benar, maka mungkin kita akan melihat perkara ini diatasi dengan pengenalan aplikasi yang dioptimasikan khusus untuknya dari masa ke semasa.

Seperti biasa pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang komen untuk perkara ini buat masa ini.


TIPS & ULASAN