Instagram sebelum ini telah sedia memperkenalkan fungsi Instagram Video, membolehkan pengguna berkongsi video pada akaun Instagram mereka. Walaupun ia mungkin kelihatan agak interaktif, salah satu fungsi yang tidak digemari ramai adalah sokongan autoplay untuknya.
Walaupun sebelum ini terdapat kebolehan untuk mematikan sokongan autoplay, namun ia kelihatan tidak lagi dibawakan oleh Instagram. Melalui kemaskini baru yang diperkenalkan hari ini, Instagram membuang fungsi tersebut, memastikan semua pengguna melihat video yang hadir pada timeline Instagram mereka.
Mengikut pilihan baru, ia hanya sekadar membolehkan pengguna untuk memilih sama ada memainkannya melalui WiFi sahaja, ataupun WiFi dan pelan data.
Beberapa spekulasi turut hadir yang mana mengatakan berkemungkinan ia adalah persediaan untuk Instagram memperkenalkan pengiklanan pada perkhidmatan mereka tidak lama lagi.