Gambar Nokia Lumia 2520 Berwarna Cyan Tertiris Ke Arena Web

Gambar Nokia Lumia 2520 Berwarna Cyan Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Okt 12, 2013 oleh .

Nokia sedia dikatakan akan hadir dengan tablet berasaskan Windows RT mereka, dan selepas beberapa gambar yang diperlihatkan sebelum ini, kini @evleaks turut sama hadir dengan sebuah gambar baru, memperlihatkan bahagian hadapan tablet berkenaan.

Lumia 2520 Cyan

Dikenali dengan nama Lumia 2520, tablet ini dijangka akan menjalankan Windows RT. Secara kasarnya, ia membawakan rekabentuk seumpama peranti Lumia yang lain, dan diaplikasikan untuk penggunaan pada tablet.

Menurut apa yang dikongsikan @evleaks, tablet ini bakal hadir dalam pilihan hitam, putih, merah dan juga biru (cyan). Nokia dijangka akan mengumumkannya dalam dua minggu lagi, iaitu pada 22 Oktober kelak.


TIPS & ULASAN