Valve Hadir Dengan Video Demo Untuk Alat Kawalan Steam Controller

Valve Hadir Dengan Video Demo Untuk Alat Kawalan Steam Controller

Diterbitkan pada Okt 12, 2013 oleh .

Valve sedia mengumumkan Steam Controller sebelum ini, iaitu sebuah alat kawalan permainan yang dioptimasikan untuk Steam pada sebarang platform, dan dilengkapi dengan sokongan dwi-trackpad untuk kawalan.

Kini, mereka turut sama menerbitkan sebuah video khas pada akaun YouTube mereka, memperlihatkan bagaimanakah pengguna boleh mengawal permainan menggunakan alat kawalan tersebut.

Melalui demo yang diperlihatkan juga, pihak Valve seperti menekankan yang mana Steam Controller sesuai untuk dimainkan pada pelbagai genre permainan tanpa sebarang masalah.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat prototaip, dan mungkin versi akhirnya kelak akan menyertakan beberapa perubahan yang lain dengannya.

Jadi, apa kata anda mengenai Steam Controller ini?


TIPS & ULASAN