Facebook Memperkenalkan Ujian Alpha Untuk Aplikasi Android

Facebook Memperkenalkan Ujian Alpha Untuk Aplikasi Android

Diterbitkan pada Okt 12, 2013 oleh .

Pada bulan Jun yang lepas, pihak Facebook telah memperkenalkan sokongan ujian beta untuk para pengguna Android, membolehkan mereka menguji aplikasi Android yang dalam pembangunan serta mengunakan beberapa fungsi beta terlebih dahulu.

Hari ini, pihak Facebook memberikan beberapa kemaskini info berkenaan dengannya, dimana dikatakan kini terdapat lebih 1 juta pengguna yang menggunakan aplikasi versi beta berkenaan, dan menerima lebih banyak maklumbalas berkenaan sesuatu perkara pada aplikasi berkenaan.

Mengambil berat mengenai pembangunan aplikasi untuk pengguna Android, hari ini Facebook turut sama memperkenalkan Facebook Alpha untuk Android, dimana membolehkan pengguna menguji versi pembangunan awalnya.

Untuk makluman, memandangkan ia pada versi awal, maka berkemungkinan terdapat beberapa pepijat dan permasalahan yang masih tidak dikenal pasti pada aplikasi versi alpha ini.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda berminat, boleh menyertai Google Groups untuk Facebook Alpha, dan kemudian memuat-turun aplikasi berkenaan dengan klik pada “Become a Tester” di Google Play Store.


TIPS & ULASAN