MyTeksi Akan Ke Singapura Pada Penghujung Oktober Ini

MyTeksi Akan Ke Singapura Pada Penghujung Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 12, 2013 oleh .

MyTeksi merupakan salah satu perkhidmatan tempahan teksi melalui aplikasi mudah-alih, dan sedia digunakan secara meluas sekitar Lembah Klang, Seremban dan juga Johor. Kini, mereka dilihat turut sama ingin memperluaskan perkhidmatan mereka sekitar rantau Asia Tenggara yang lain.

Buat masa ini, MyTeksi sedia mempunyai tawaran perkhidmatan mereka di Manila (Filipina) dan juga Bangkok (Thailand), dimana mereka turut hadir dengan menggunakan nama GrabTaxi. Mereka juga dijangka akan melancarkan perkhidmatan mereka secara rasminya di Singapura pada penghujung bulan ini.

Mengikut apa yang diketahui, buat masa ini ujian betanya sedang dijalankan di Singapura, membolehkan pengguna membuat tempahan teksi melalui aplikasi berkenaan. Di Singapura, ia turut sama menggunakan nama GrabTaxi, sama seperti yang digunakan di negara-negara lain sekitar Asia Tenggara.

Berbeza dengan beberapa negara lain, di Singapura pihak myTeksi dijangka akan menerima saingan hebat, memandangkan terdapat pelbagai penyedia perkhidmatan yang serupa. Dari Malaysia sahaja, selain MyTeksi, TaxiMonger juga turut menawarkan perkhidmatan tempahan teksi di negara jiran tersebut.


TIPS & ULASAN