Cari @ Amanz

Sebelum ini, Galaxy Y telah menjadi salah satu telefon pintar dengan spesifikasi asas yang popular dikalangan pengguna tempatan. Hari ini, ia dilihat Samsung Malaysia turut hadir dengan tawaran untuk variasi baru keluarga Galaxy Y, iaitu Galaxy Y Neo.

Galaxy Y Neo

Galaxy Y Neo membawakan skrin bersaiz 3-inci, dilengkapi cip pemprosesan sepantas 850MHz, memori 512MB RAM, dan kamera 2-megapixel pada bahagian belakang. Sokongan asas seperti radio-FM disertakan, dan dijana menggunakan Android 4.1.2 Jelly Bean.

Seperti kebanyakkan peranti Samsung yang lain, telefon pintar ini turut dilengkapi antaramuka TouchWiz, dan menyokong ruangan storan tambahan sehingga 32GB melalui penggunaan mikro-SD.

Telefon pintar yang turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 1200mAh ini dijual pada harga saranan RM299 di Malaysia. Pembelian ini juga turut didatangkan dengan tawaran kandungan percuma melalui Galaxy Lifestyle, iaitu 50 lagu percuma dan juga akses percuma ke TM WiFi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd