IPMart Mengubah Harga Tawaran iPhone 5C – Kini Bermula Pada Harga RM1867

IPMart Mengubah Harga Tawaran iPhone 5C – Kini Bermula Pada Harga RM1867

Diterbitkan pada Okt 12, 2013 oleh .

Apple telah sedia mengumumkan yang mana telefon pintar iPhone 5S dan juga iPhone 5C akan mula dijual di pasaran tempatan bermula penghujung bulan ini. Perkara ini seperti membuatkan beberapa penjual untuk mengubah harga jualan mereka, dan salah satunya, IPMart dilihat telah mula menjual iPhone 5C pada harga RM1867.

iPhone 5C

Perubahan harga ini adalah kali kedua dilakukan oleh pihak IPMart. Ketika memulakan jualan pada awal bulan ini, iPhone 5C ditawarkan pada harga RM2149, sebelum ia diubah kepada RM1915, dan kini pada harga RM1867.

Dengan perubahan harga ini, salah satu perkara yang menjadikan tanda tanya adalah adakah Apple kelak akan menawarkan telefon pintar iPhone 5C pada harga lebih rendah ataupun sebaliknya, memandangkan IPMart kini sedia menjualnya pada harga RM1867.

Jadi, apa kata anda? Mungkinkah harga rasmi kelak lebih murah daripada apa yang ditawarkan IPMart?


TIPS & ULASAN