Peranti Prototaip Nexus 5 Diperlihatkan Dalam Video 7-minit

Peranti Prototaip Nexus 5 Diperlihatkan Dalam Video 7-minit

Diterbitkan pada Okt 13, 2013 oleh .

Sebelum ini, beberapa gambar Nexus 5 telah pun tertiris ke arena web, dan hari ini sebuah video turut dimuat-naik ke internet, memperlihatkan peranti Nexus 5 (versi prototaip) dengan lebih jelas kepada umum.

Pada peranti berkenaan, ia tidak menyertakan sebarang penjenamaan Nexus pada bahagan belakang, dan dilihat masih menggunakan nama “KeyLimePie” pada nama versi Android, sekaligus memberikan idea yang mana ia mungkin versi prototaip yang agak awal dan bukannya versi akhir peranti berkenaan.

Apa pun, untuk memberikan idea bagaimanakah peranti akhir berkenaan mungkin kelihatan, mungkin anda boleh melihatnya melalui video selama 7-minit yang dipertontonkan ini.


TIPS & ULASAN