Cari @ Amanz

Bagi pengguna LinuxMint, penggunaan Cinnamon mungkin sesuatu yang tidak asing bagi anda. Terkini, pembangunnya telah pun melancarkan versi terbaru persekitaran desktop berkenaan, iaitu Cinnamon 2.0, sekaligus menyertakan beberapa pembaharuan menarik bersama-sama dengannya.

Cinnamon 2.0 - Users Groups

Berbeza dengan sebelum ini, kini Cinnamon 2.0 tidak lagi memerlukan pengguna untuk memasang GNOME untuk menggunakannya. Walaubagaimanapun, ia masih dibangunkan dengan teknologi GNOME dan menggunakan GTK untuknya.

Persekitara desktop Cinnamon 2.0 ini menyertakan beberapa perkara baru, termasuk salah satu fungsi baru yang dinamakan sebagai “HUD”, yang mana memberikan idea kemanakah sesuatu tetingkap akan snap apabila di drag. Selain itu, kini ia menggantikan GNOME User Accounts kepada “Users and Groups”. Pengguna juga diberikan lebih banyak kebebasan untuk mengubah bunyi dan audio untuk sesuatu perkara dan sebagainya.

Cinnamon 2.0 - Sound Effects

Cinnamon 2.0 User Applet

Cinnamon 2.0 akan disertakan secara rasmi pada Linux Mint 16 “Petra” kelak. Pengguna Ubuntu juga boleh memasangnya tetapi seperti masih belum stabil sepenuhnya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd