Google Mula Memperlihatkan Popup Notifikasi iGoogle Bakal Ditutup

Google Mula Memperlihatkan Popup Notifikasi iGoogle Bakal Ditutup

Diterbitkan pada Okt 14, 2013 oleh .

iGooglePada tahun lepas, pihak Google telah sedia mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan iGoogle pada November 2013 kelak. Kini, ia kelihatan apabila pengguna membuka laman berkenaan, sebuah notifikasi dipaparkan berkaitan dengan perkara ini.

iGoogle merupakan salah satu halaman setempat yang membolehkan pengguna mengubah dan membuatkannya memaparkan informasi yang dikehendaki sahaja. Namun, dengan arena teknologi yang kini berubah kepada telefon pintar yang menjadi skrin utama pengguna, perkhidmatan tersebut dilihat semakin kurang digunakan ramai.

iGoogle Tutup

Seperti biasa, dengan popup notifikasi berkenaan, pihak Google turut sama menyertakan sebuah pautan untuk informasi lanjut berkenaan dengannya, termasuk membolehkan pengguna memuat-turun data-data mereka dari iGoogle dengan mudah.


TIPS & ULASAN