Cari @ Amanz

Umum sedia maklum akan acara yang baru tamat minggu lepas, Global Entrepreneurship Summit 2013 di Malaysia yang telah menghimpunkan ramai usahawan dari serata dunia. Selama seminggu, berbagai program telah diadakan dalam meraikan dan memupuk semangat usahasama dan kerjasama antara usahawan di peringkat antarabangsa. Cradle Fund Sdn Bhd dengan kerjasama Angels Den Asia telah hadir dengan satu acara, Ideas 2 Invest untuk menjodohkan pelabur dan usahawan ICT tempatan.

BV9NbimCAAAD-Hb

Program yang telah berlangsung selama 9 hari ini dimulakan di Pusat Konvensyen TM, yang menyaksikan banyak pasukan telah dihimpunkan dan mereka terdiri dari individual yang mempunyai kemahiran berbeza. Program yang mengikut format hackathon ini bermula pada hari Sabtu 5 Oktober 2013. Pasukan-pasukan ini dikehendaki memberikan idea dengan projek bertemakan ‘Pengkomputeran Awan’ dan sepanjang program ini, terdapat sesi kuliah dan perkongsian ilmu oleh mereka yang arif didalam bidang khusus antaranya Alvin dari Netizen Testing yang berkongsi ilmu berkenaan User Experience, dan juga Vinnie Lauria, dari Golden Gate VC, berkongsi ilmu berkenaan startup.

Selepas beberapa hari yang padat dengan perkongsian ilmu oleh penceramah yang berpengalaman, setiap pasukan diberi masa untuk berhimpun dan berbincang untuk memastikan idea serta model bisnes mereka ampuh dan kuat sebelum mempersembahkan idea tersebut pada sesi pitching pada hari terakhir.

Dari kesemua 41 pasukan yang telah ditubuhkan berdasarkan idea, mereka telah disaring melalui beberapa peringkat yang menyaksikan 12 pasukan telah disenarai pendek, dan 6 pasukan berentap pada peringkat akhir. Terdapat beberapa pasukan yang berjaya hadir dengan antaramuka aplikasi serta model bisnes lengkap pada hari terakhir. 6 pasukan tersebut antaranya MapCloud, iKargo, Easy Read, Transit Planner, Sports Mob & Our Big Day.

IMG_1703

2 pemenang program ini iaitu MapCloud & iKargo akan menerima pembiayaan dana dari Cradle Fund serta Angels Den Asia bernilai sehingga RM150,000. Kesemua pasukan lain yang berentap di peringkat akhir akan menerima bantuan untuk mencari pelabur-pelabur bersesuaian dengan projek mereka.

MapCloud merupakan salah satu aplikasi memfokuskan kepada penganalisaan pemetaan, sementara iKargo pula merupakan salah satu aplikasi yang mana memfokuskan kepada logistik.

Program yang julung kali diadakan ini disifatkan berjaya oleh kerana penyertaan yang memberangsangkan. Peserta program ini turut mengakui dengan adanya program sebegini, ia membolehkan mereka yang mempunyai idea tetapi tidak mempunyai masa untuk fokus dalam melengkapkan startup baru mereka dalam masa yang singkat.

Menurut CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan mengatakan program ini berkemungkinan akan disambung pada masa hadapan oleh kerana keberkesanannya dalam masa yang singkat disamping berjaya mengetengahkan idea baru dalam dunia startup. 

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd